Saturday, 19 October 2013

Diploma Fisioterapi, UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum..
(merenggangkan jari jemari sambil memikirkan introduction)
Ok ayat yang selalu aku mula bila nak update
Wah lamanya tak update blog..such a klise sentences bila aku lama tak update blog..bosan la setiap entry ade ni kan?

So jom kita start cerita ok..
Selepas aku mendapat keputusan SPM, benda yang aku fikir ialah…nak sambung belajar kat mana ek lepas ni? Selama 3 hari aku dan Suai search course yang sesuai dengan kitorg

Finally…

Aku telah mendapat tawaran menyambung pelajran di UiTM Puncak Alam,,tp I’m not asasian ok..since UiTM Puncak Alam terkenal dengan Pusat Asasi..jangan dilupakan bahawa di situ ada Program Diploma.

Aku telah Berjaya melayakkan diri menyertai program Diploma Fisioterapi..wakakaka (apa yang lawak nya pun tak tahulah).Kat program ni aku ada partner dari sekolah lama..nama dia ialah…jeng..jeng..jeng… (baca ikut rentak skit ea) NURUL NAJIHA BT MD YUSOF



ihsan gambar jea yusof

Maka pada 2 JUN 2013..aku telah mendaftar masuk di UiTM Puncak Perdana..dekat situ hanya transit sahaja..Minggu Destini Siswa (MDS) pun dekat situ..seminggu selepas itu aku berpindah ke UiTM Puncak Alam.Haa..kat sini baru tempat aku belajar..

Masa pindah tu sakit semua badan sebab kitorg kena pindah sendiri naik bas..barang aku punya la banyak macam lari rumah tahu tak..sampai di PALAM(Puncak Alam) nasib aku ada kawan Asasi yang sedia membantu..Thanks uolls..iolls love uolls..muah3..

Ni nak bagi tahu sikit..kalau masuk program fisioterapi..pakaian korang semua sama tau..macam ni pakaiannya


ni pakaian rasmi program diploma fisioterapi

Tapi sebelum dapat baju ni korg kena pakai baju biasa warna hitam/blue black..tudung pulaka warna hitam/blue black.seluar tracksuit dan berkasut sukan..eh asal pakaian macam nak bersenam ni..yelah sebab program kamu ni banyak exercise untuk membantu proses pemulihan.

Sekarang aku telah menyertai program Diploma Fisioterapi ni selama 4 bulan++..sepanjang sem 1 ni dah banyak benda aku belajar dan aku rasa macam fisioterapi ni seronok sangat

Nak masuk fisioterapi ni kena mentally prepared. knp?? InsyaAllah aku akan cerita dalam entry akan dating ok..rasanya sampai sini sahaja kot coretan pembukaan selepas bekurun lama tak mengupdate blog..mungin sepanjang sem break ni aku akan merajin kan diri mengupdate..Post hari ni just nak bagitahu aku sekarang belajar kat mana je..


UiTM Puncak Alam




























4 comments:

  1. Salam, tudung mmg kene masuk dalam bju ke?

    ReplyDelete
  2. salam .. result spm dulu berapa kak ?? ;)

    ReplyDelete
  3. Salam, saya nak minta bantuan untuk buat fisio untuk ayah saya y ade stroke.. Saudari berkebolehan ke? SIla contact saya 0172783347 whatsap / 0146358286 msg/call.

    ReplyDelete
  4. saya nak minta tolong macam mana nak apply jurusan fisio macam kak di uitm?

    ReplyDelete